Error Cropping Image

Kalau guna WordPress untuk server website, bila nak crop image kemudian ada error There has been an error cropping your image. Saya guna cara berikut untuk selesaikan masaalah tersebut.

Mula-mula, tengok dulu vision berapa PHP yang kita guna, caranya:

cd /etc/php tekan enter

ls tekan enter, sistem akan menyenaraikan nama folder vision PHP yang ada dalam server.

Dalam kes saya ini, saya menggunakan vision 7.4 , jadi saya kena install php7.4-gd Untuk install nya, saya hanya beri arahan berikut:

sudo apt-get install php7.4-gd

Selepas siap install, kita kena restart server untuk melihat hasilnya. Tidak perlu reboot, cukup sekadar restart app sahaja. Dalam kes ini, saya menggunakan lighttpd sebagai server app. Jadi untuk restart, saya hanya beri arahan berikut:

sudo service lighttpd restart

Alhamdulillah.. Masaalah selesai, boleh crop image untuk digunakan dalam word press. Selamat mencuba.

Leave a Comment