Mounted dan Unmounted drive di PI

Cara untuk mount

Mula-mula kena cucuk / cocoh dulu laa drive (pen drive atau external HDD) di usb Orange / Raspberry PI. Dalam article ini, saya menggunakan Orange Pi Zero 2 dan External HDD Western Digital My Passport berkapasiti 1TB

Sambungkan HDD tersebut ke USB Pi terlebih dahulu. Periksa tengok, sama ada HDD tu dapat dikesan atau pun tidak oleh Pi. Caranya bagi command berikut:

lsusb – command ini untuk senaraikan semua device yang ada bersambung pada USB Port Pi

lsblk -al – command ini untuk senaraikan semua block memory yang ada pada Pi

Bila keluar seperti itu, ini bermakna HDD itu telah dapat dikesan oleh Pi, jika tidak ada dalam senarai, itu bermakna Pi tidak dapat mengesan kehadiran HDD tersebut. Sila pastikan sambungan bersambung dengan baik pada USB Port. Jika masih tidak dapat kesan, jalan terakhir adalah reboot Pi tu.

Seterusnya, kita kena dapatkan block id kepada HDD yang telah disambungkan tadi. Caranya masukkan command seperti berikut:

sudo blkid -c /dev/null

Masukkan password dan telah enter

Perhatikan kepada TYPE dalam maklumat tu. Dalam kes saya ini TYPE="ntfs". Terlebih dahulu buat satu folder di /mnt/hddkawe (hddkawe tu, contoh je, boleh je pakai nama gapo pun, atas suko hati demo laa). Cara nak buat folder itu seberti berikut:

sudo mkdir /mnt/hddkawe

Kemudian tibalah masanya untuk kita aktifkan HDD tadi. Caranya adalah seperti berikut:

sudo mount -t ntfs /dev/sda1 /mnt/hddkawe

Sekarang kita sudah buleh guna HDD tersebut, untuk ke HDD itu, kita taip:

cd /mnt/hddkawe

Waaalaaaa.. siap.. dah boleh tengok isi kandungan dalam HDD itu.

Cara untuk Unmounted

Mula-mula kena cari dulu di mana kedudukan part drive (HDD) yang kita nak unmounted tu dulu. Cari nak cari path tu begini:

df -h

Kena ingat lah, path dia tu… seterusnya bagi command sudo umount dan diikuti oleh path hok kita tengok sakni. Macam dalam kes saya ni, dia duduk di /mnt/hddkawe jadi command dia adalah:

sudo umount /mnt/hddkawe

Masukkan password dan tekan enter. Siap… dan sekarang telah selamat untuk cabut HDD di USB Port Pi

Selamat mencuba…

Special thanks to 9M2CIO

Nota kaki: Ini adalah untuk rujukkan dan nota kawe sendiri sahaja, kalu demo ikut, demo buat, jadi ke dop jadi ke, kawe dop tahu kawe tak tanggung jawap deh.

Leave a Comment