9M2D

Terima kasih semua kepada semua yang terlibat dalam menjayakan event ini, sama ada secara langsung atau tidak langsung. Satu peluang keemasan kepada operator yang terlibat untuk menimba pangalaman baru bila pile up semasa mengendalikan panggilan masuk yang bertubi-tubi dan tidak henti-henti. Callsign yang jarang dan tidak pernah didengar oleh operator, ianya amat mencabar dan pengalaman itu amat-amat bermakna bagi operator mode SSB.

Tidak kurang hebat juga operator bagi mode Digital (RTTY / FT8) dan CW, sampai sanggup tidak tidur malam untuk CQ mencari contact, sambil layan EURO 2024. Ada operator yang masih bersemangat CQ, walaupun berada jauh di Hulu Terengganu. Berbekalkan QRP, perjuangan dalam WWA Sprint 2024 tetap diteruskan.

Berbekalkan peralatan yang terhad, tetap bersemangat untuk meneruskan CQ WWA kerana cemburu melihat activator lain yang sentiasa ON AIR dan log QSO mereka bertambah dan terus bertambah. Bagus dalam event ini, sistem log mereka adalah online (web base). Maka boleh dilihat terus oleh activator dan hunters sama ada call mereka masuk atau pun tidak ke dalam data base WWA Sprint 2024.

Terima kasih juga kepada tuan punya tanah, iaitu 9M2ZOL. Banyak berhabiskan masa dan tenaga beliau untuk menjayakan program ini. Terima kasih kerana menyediakan tempat CQ yang selesa, kelengkapan yang sempurna, makan minum, air panas, teh, kopi, bilik air, internet yang laju, tempat solat, tapak khemah (walaupun tak ada yang pacak khemah pun) dan segalanya.

Terima kasih juga kepada 9M2SAF, kerana membuka peluang ini kepada Team Kelate DX. InsyaAllah, semoga tahun depan diberi kepercayaan kepada kami lagi untuk run event ini.

Terima kasih dari Kelate DX Team, 73

Statistik

Statistik jumlah QSO / Contact yang berjaya

Semua data-data ini boleh diperolehi dari https://hamaward.cloud/

Leave a Comment